Sunday, March 2, 2008

Orang Melayu BODOH

Membaca tulisan M. Bakri Musa dalam blog Malaysia Today (The Tale of the Rattlesnake)hari ini, saya merasa terpanggil untuk berbicara tentang pola pemikiran orang Melayu. 8 Mac 2008 ini, pengundi-pengundi Melayu dalam kawasan Parlimen Kepala Batas akan sekali lagi memberikan undi mereka kepada Pak Lah seperti mana yang telah mereka lakukan sebelum ini. Mereka tidak akan menolak ataupun menyatakan protes mereka terhadap janji-janji palsu Pak Lah sejak menjadi Perdana Menteri seperti mana yang diharapkan oleh M. Bakri Musa. Bukan sahaja pengundi-pengundi Melayu di Kepala Batas akan terus memberikan undi mereka kepada UMNO/BN malah pengundi-pengundi Melayu di kawasan-kawasan lain secara amnya akan berbuat demikian. Mengapakah begitu senang untuk menelah corak pengundian orang Melayu? Sebab utamanya : Orang Melayu BODOH!!

Rata-rata orang Melayu pada amnya beragama Islam, tetapi kebanyakan orang Melayu hanya menganut agama Islam supaya mereka boleh merayakan hari kebesaran Islam seperti Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Tanpa Islam, orang Melayu tidak mempunyai hari mereka sendiri, tidak seperti orang Cina yang mempunyai Tahun Baru Cina kerana orang melayu tidak mempunyai takwim mereka sendiri. Jika ditanya kebanyakan orang Melayu tentang ayat pertama yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w., hampir keseluruhannya akan menjawab, Iqra' yang bermaksud 'bacalah'. Tetapi disebabkan orang Melayu BODOH, mereka bukan sahaja buta huruf, tetapi BUTA mata serta pekak. Sebab itulah walau didedahkan berbagai-bagai kepincangan, penyelewengan dan salah laku pemimpin-pemimpin Melayu UMNO/BN, mereka tetap akan memberikan undi mereka kepada UMNO/BN. Jika ditanya orang Melayu Kepala Batas kenapa mereka terus memberikan undi kepada Pak Lah, maka kedengaranlah jawapan seperti, "Dia cucu orang alim, keturunan orang baik-baik".....betapa BODOHnya orang Melayu. Disebabkan orang Melayu BODOH, mereka terlupa atau memang tidak tahu bahawa pembunuhan pertama dalam sejarah kemanusiaan dilakukan oleh anak seorang Nabi. Kalau anak seorang Nabi boleh melakukan pembunuhan, apalah sangat yang ada pada anak cucu orang alim.

Bila Pak Lah mengecam demonstrasi rakyat yang menuntut pilihanraya yang bersih dan telus sebagai bukan budaya kita dan orang-orang Melayu khususnya dalam UMNO bagaikan burung kakaktua, bukan sahaja mengangguk-angguk mengiakan, bahkan turut berlagu dengan nada yang serupa. Oleh kerana orang Melayu BODOH, mereka lupa atau memang tidak tahu bahawa demonstrasi adalah sebahagian dari Islam. Sekiranya demonstrasi bukan budaya Islam, sementara Pak Lah masih memegang jawatan sebagai Pengerusi OIC, eloklah dikumpulkan ulamak-ulamak seluruh dunia untuk mengeluarkan fatwa bahawa tawaf mengelilingi Kaabah sambil melaungkan slogan-slogan dan melontar jumrah dikeluarkan dari rukun haji ataupun sekurang-kurangnya jemaah haji Melayu/UMNO dikecualikan dari tawaf dan melontar jumrah kerana perbuatan tawaf dan melontar jumrah bercanggah dengan budaya Melayu/UMNO.

Cukup malang bagi orang Melayu, bukan sahaja orang Melayu BODOH, tetapi mereka juga seakan-akan telah tidak mempunyai hati nurani (conscience) untuk menilai kebaikan atau keburukan. Selagi orang Melayu BODOH kerana tidak membaca atau kalau yang membaca pun tidak faham, selagi itulah kepincangan, penyelewengan dan salah laku akan terus-menerus berlaku sehinggalah satu kaum yang baru diturunkan di muka bumi ini untuk menggantikan orang Melayu yang BODOH.